15 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETIGA

MENGAPA SAYA MEMILIH KESENIAN MELUKIS BATIK?
Saya memilih kesenian melukis batik kerana ianya satu lambang yang sinonim dengan masyarakat Melayu dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Ibu dan nenek saya juga masih lagi mempraktikkan penggunaan batik semasa mereka berada di rumah.

Apabila saya pulang ke kampung ramai saudara mara saya yang berkujung ke rumah jiran menggunakan kain batik sehari-hari. Kain batik yang di pakai dengan baju opah menjadi pakaian basahan masyarakat kampung di Terengganu.

Selain dari itu saya juga pernah menghadiri satu majlis perkahwinan saudara saya di mana ahli kumpulan kompangnya mengenakan baju baldu dan berkain batik walaupun para pemain kompang itu terdiri daripada kaum lelaki. Kain Batik yang mereka gayakan saya rasa kain batik lepas dan bukan kain batik sarong kerana warna tanah yang terdapat pada kain batik-kain batik itu.

Tiada ulasan: