22 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH.

SENI ANYAMAN -

Saya tertarik kepada kesenian warisan bangsa melayu kerana kreativitinya.
Setahu saya, masyarakat melayu tradisional telah diperturunkan daripada generasi kepada generasi sehingga kini masih terus kekal dan di jadikan sebagai sumber pendapatan.
Anyaman yang sangat menarik bagi saya ialah tikar mengkuang dan pandan yang paling popular.
Pohon Mengkuang dan pandan adalah tumbuhan yang tergolong dalam jenis 'pandanus' dan yang paling sesuai dianyam untuk dijadikan tikar,
Cara mereka memproseskan anyaman itu kelihatan sangat susah! Banyak bahan yang diperlukan untuk membuat anyaman. Daripada bahan-bahan tersebut, banyak yang boleh diperbuatkan, seperti beg, bakul, topi, tikar dan lain-lain lagi.


Tiada ulasan: