PANDANGAN PERIBADI
Kini selesailah entri kesupuluh saya.
Pada pendapat saya, pertandingan ini sangat berguna untuk murid-murid seperti saya. Kerana, saya akan mendapat lebih ilmu tentang budaya melayu. Saya menghadapi beberapa kesukaran apabila membuat kajian berkenaan tentang budaya melayu, ksusnya aspek krafttangan Melayu.
Sebelum ini, saya tidak berapa faham tentang budaya Melayu. Tetapi saya amat berminat tentang budaya Melayu kerana sekarang saya sudah mula mengerti apa pentingnya budaya melayu.
Pada mulanya, saya hampir mengalah kerana keliru dengan apa yang saya harus lakukan. Sedikit demi sedikit, saya dapat cuba untuk mengejar masa dan menghabiskan tugasan saya.
Dalam melaksanakan catatan-catatan blog, banyak yang telah saya pelajari.
Pertama sekali , saya dapat meningkatkan kemahiran membuat blog. Seperti, memasukkan gambar dan video. Kedua, saya dapat mempelajari kosa kata yang baru yang dahulunya susah untuk saya terjemah daripada bahasa english ke bahasa melayu.
Tetapi sayangnya saya tidak berpeluang untuk melihat secara langsung/dekat bagaimana songket, kain batik serta anyaman ini dihasilkan. Saya tidak mengharapkan kemenangan dalam pertandingan ini kerana pada saya, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang saya dapat selama manghasilkan blog ini merupakan ganjaran daripada penyertaan saya dalam pertandingan ini.
Semoga pertandinngan ini akan terus diadakan dengan tema yang berbeza bagi pelajar-pelajar seperti saya. Sekian, sehingga kita bertemu lagi. :)